Joomla 1.5 template design door Websitebird
KALENDAR ISLAM
Thursday, 09 September 2010  
30. Ramadhan 1431
TERKINI

Makluman Cuti Hari Raya

Dimaklumkan semua kelas latihan akan mula bercuti pada Rabu 8/9/2010 dan akan dibuka semula pada Rabu 15/09/2010

 
Salam Aidilfitri
Sampaikan Salam Aidilfitri anda di sini...
 
KUTIPAN DERMA KILAT

Kepada Semua Tenaga Pengajar

Kutipan kilat akan dibuat untuk meringankan beban saudara Fikrideen bin Harun. Sila hubungi saudara Mohd Al Imran untuk menghulurkan sumbangan.

Bersama Bersatu

 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Marilah kita memuliakan bulan ini dengan bertadarus dan memperbanyakkan amal ibadah.

Drpd: Datuk Haji Maideen

 

PENDAFTARAN ONLINE
LOGIN



PENDAPAT?
WI-FI di Ibupejabat PSSCMCNS
 
PENDAPAT?
Bagaimanakah Laman Web Ini?
 
Home PENTADBIRAN JABATAN URUSETIA Program Jabatan Urusetia MAC ke-16

PERUTUSAN YDP PSSCMCNS SEMPENA MAC KE-16

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNYA serta berkat kekasihnya junjungan besar Nabi Muhammad SAW, berkat guru-guru kita, karamah dan hikmah kedua ibubapa kita maka terhasillah Buku Mesyuarat Agung Cawangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (PSSCMCNS) Kali Ke-16 ini. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada jawatankuasa penerbitan yang berusaha dalam menerbitkan buku ini sejajar dengan perkembangan usia Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) yang telah menjangkau usia 45 tahun yang mana perkembangannya telah menuju ke peringkat nasional. Kita juga bersyukur dengan rahmat dan kehendakNya usia PSSCMCNS ini menjangkau kepada usia 28 tahun dengan perkembangan yang amat baik dan telah mendapat tempat di seluruh masyarakat sekeliling.

Sukacitanya saya ingin mulakan perutusan ini dengan mengingatkan kepada semua khususnya kepada ahli-ahli PSSCMCNS bahawa setiap kali berasa kita sudah sampai ke tahap yang boleh dibanggakan, kita harus jangan lupa berpijak di bumi yang nyata di mana kejayaan dan kemajuan yang telah kita capai ini adalah semata-mata dengan kehendak dan izin Allah SWT dan dengan berkat kekasihNya Nabi Muhammad SAW jua. Marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi di atas segala rahmat yang telah dikurniakan kepada kita semua terutama dengan perkembangan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia khususnya bagi Cawangan Negeri Sembilan dengan penzahirannya di negeri ini. Seterusnya dengan usia tersebut PSSCMCNS amnya dan khususnya PSSCM telah ramai melahirkan penuntut yang beramal dengan budaya Melayu yang asli dan sentiasa berpegang teguh kepada amanah dan perintah Allah SWT bagi mendaulatkan Agama, Bangsa dan Negara.

Dewasa kini perkembangan PSSCMCNS telah mengorak langkah dari pelbagai aspek dalam perkembangannya di Negeri Sembilan Darul Khusus ini. Semenjak dari penzahiran PSSCMCNS, kini keahlian di cawangan ini telah dianggarkan menjangkau lebih daripada 10,000 orang dengan penubuhan 8 buah kelas latihan yang mempunyai satu Ibu Pejabat milikan PSSCMCNS berkeluasan lebih daripada satu ekar yang mampu menampung penuntut lebih daripada 100 orang dalam satu masa. Kemudahan dan pembangunan ini adalah selaras dengan didikan pembangunan modal insan yang diterapkan oleh Guru Utama dengan melahirkan Melayu Mukmin yang mampu membantu dan merubah bukan sahaja diri sendiri tetapi juga kepada masyarakat disekeliling dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi dalam membantu pembangunan Negara. Maka dengan matlamat pembangunan yang seiring ini, PSSCMCNS juga telah membangunkan sebuah laman web di peringkat negeri iaitu www.silatcekakn9.org bagi menyampaikan informasi-informasi yang tepat dan berilmiah kepada seluruh ahli-ahli dan masyarakat berkaitan dengan PSSCM dan halatuju pembangunan dalam Silat Cekak khususnya di Negeri Sembilan. Seterusnya dengan matlamat pendidikan dan mendaulatkan Seni Silat Cekak, PSSCMCNS telah menyasarkan penubuhan kelas latihan PSSCMCNS di setiap daerah dan seterusnya pembukaan kelas latihan di setiap Institut Pengajian Tinggi bagi melahirkan ahli-ahli PSSCM yang berkualiti dalam meningkatkan reputasi dari pelbagai sudut dan aspek selaras dengan matlamat PSSCM, baik dari segi perjalanan kelas Silat Cekak mahupun di peringkat pentadbiran.

Alhamdulillah, seterusnya saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua ahli PSSCMCNS kerana yakin dan menerima peralihan pucuk kepimpinan Guru Utama dan Presiden PSSCM daripada YM Tuan Haji Ishak bin Itam kepada Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dengan baik dan terus bersatu dalam memelihara perjuangan ini. Maka dengan ini terbuktilah segala didikan, pesanan dan ajaran yang ditinggalkan oleh guru-guru kita dapat diterapkan kepada ahli-ahli dan seterusnya bersatu bagi terus membawa dan menerima perjuangan ini. Sukacita juga saya ingin sampaikan pesanan yang dibawa oleh Guru Utama iaitu Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah agar terus BERSAMA BERSATU dalam perjuangan ini. Bersama-sama dalam mentadbir dan membawa membangunkan perjuangan ini ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya melahirkan bangsa Melayu yang berkualiti dan terus kepada matlamat bagi penyatuan semua ahli. Hendaklah kita sentiasa beringat supaya kita janganlah menjadi penyebab kepada perpecahan bangsa dan menjadi sebab kepada kehancuran agama dan janganlah dikhianati perjuangan ini kerana ia bukanlah ilmu silat semata-mata. Kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana agama; kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana Allah SWT.

InsyaAllah khususnya PSSCMCNS akan bersama-sama PSSCM berjaya dalam mencapai matlamat yang diasaskan oleh guru-guru kita. Hayatilah akan resmi segemal padi di mana ianya semakin berisi semakin tunduk, iaitu semakin kita berilmu semakin kita tunduk kepada Allah SWT dan bukan sebaliknya. Di dalam perutusan ini sekali lagi saya menyeru kepada semua pendokong PSSCMCNS dan ahli-ahlinya untuk bersama-sama bersatu padu merapatkan ukhwah sesama ahli dan menjadikan perjalanan persatuan ini sebagai wasilah untuk kita sampai kepada matlamat perjuangan kita sepertimana yang telah diselaraskan diperingkat PSSCM. Peliharalah persatuan yang ditinggalkan ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan hormat menghormati. Bekerjalah dengan kuat, menyumbanglah kepada persatuan dengan sedaya mana yang boleh, namun jangan ada sekelumit di hati kita merasakan bahawa kitalah yang paling baik dan paling banyak berkorban di dalam perjuangan ini.

Akhirnya saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli PSSCMCNS yang telah berusaha sedaya upaya untuk menjayakan aktiviti PSSCMCNS sepanjang tahun 2009/2010 ini. Segala usaha dan penat lelah serta pengorbanan sepanjang menjayakan program yang dijalankan sangat dihargai dan disanjung tinggi. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga kepada Ahli Jawatankuasa Cawangan dan barisan Tenaga Pengajar PSSCMCNS yang sama-sama mentadbir persatuan dengan baik dan lancar dalam meningkatkan reputasi Silat Cekak di negeri ini. Maka sekali lagi pesanan saya, peliharalah persatuan yang ditinggalkan ini dengan penuh rasa bertanggungjawab dan hormat menghormati. Semoga segala pengorbanan dan penat lelah yang disertakan dengan usaha yang ikhlas untuk menunaikan amanah dan tanggungjawab ini diberi ganjaran dan rahmat dari Illahi. Semoga semua ahli dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab di dalam Mesyuarat Agung Cawangan Kali Ke-16 PSSCMCNS dengan lancar serta sempurna.

“BERSAMA BERSATU”

Haji Baharudin Bin Mohd Abd. Rahim

Yang DiPertua

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia

Cawangan Negeri Sembilan

 

 


 

 

Last Updated (Sunday, 07 March 2010 08:32)

 

BULETIN CEKAKN9

JUMLAH PELAWAT
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday45
mod_vvisit_counterYesterday122
mod_vvisit_counterThis week296
mod_vvisit_counterLast week901
mod_vvisit_counterThis month1020
mod_vvisit_counterLast month3505
mod_vvisit_counterAll days22461
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
RUANG IKLAN
# SILAT CEKAK SILAT PAPAN SEKEPING # PSSCMCNS tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini.