Joomla 1.5 template design door Websitebird
KALENDAR ISLAM
Friday, 10 September 2010  
1. Shawwal 1431  Jumu'ah
TERKINI

Makluman Cuti Hari Raya

Dimaklumkan semua kelas latihan akan mula bercuti pada Rabu 8/9/2010 dan akan dibuka semula pada Rabu 15/09/2010

 
Salam Aidilfitri
Sampaikan Salam Aidilfitri anda di sini...
 
KUTIPAN DERMA KILAT

Kepada Semua Tenaga Pengajar

Kutipan kilat akan dibuat untuk meringankan beban saudara Fikrideen bin Harun. Sila hubungi saudara Mohd Al Imran untuk menghulurkan sumbangan.

Bersama Bersatu

 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Marilah kita memuliakan bulan ini dengan bertadarus dan memperbanyakkan amal ibadah.

Drpd: Datuk Haji Maideen

 

PENDAFTARAN ONLINE
LOGIN



PENDAPAT?
WI-FI di Ibupejabat PSSCMCNS
 
PENDAPAT?
Bagaimanakah Laman Web Ini?
 
Home UTAMA

SEJARAH

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan ditubuhkan diatas usaha En Mohd Adanan bin Mohd Dom bersama beberapa orang rakannya. Diatas usaha yang dilakukannya, mereka telah Berjaya mengatur untuk mengadakan satu Demonstrasi Seni Silat Cekak Malaysia buat kali pertamanya di Negeri Sembilan, iaitu pada 6 Jun 1981 bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban. Ekoran dari demonstrasi tersebut, sebuah kelas latihan Silat Cekak telah Berjaya dibuka pada akhir tahun 1981 bertempat di Lot 580, Gedong Lalang, Ampangan, Seremban dengan ahli seramai 40 orang. Kelas tersebut telah berjaya ditamatkan pada Jun 1982.

Dalam pada itu, Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah meluluskan penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan pada 31 Mac 1982. Selepas menamatkan kelas pertama tersebut, Encik Mohd Adanan selaku Yang Dipertua PSSCMNS yang pertama terpaksa meninggalkan persatuan kerana tugas dan diikuti pula oleh beberapa rakannya yang lain dan dengan itu PSSCMNS telah terkubur buat seketika sehinggalah ianya digerakkan kembali di Port Dickson. Perpindahan PSSCMNS ke Port Dickson pada tahun 1988 telah diterajui oleh Encik Roslan Salam selaku Yang Dipertua PSSCMNS yang kedua. Pentadbiran PSSCMNS kali ini bertempat di No. 1686, Jalan Toh Kee Kah, Port Dickson dengan Pusat Latihannya di Sekolah Tentera AFATS. PSSCMNS bertahan di Port Dickson selama lebih kurang setahun sahaja dan telah terkubur kembali kerana pemergian Encik Roslan Salam ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.

PSSCM sekali lagi telah berpindah ke Seremban pada tahun 1990 dengan diketuai oleh Encik Khinder Mustapha sebagai Yang Dipertua PSSCMNS yang ketiga. Pada kali ini, Ibu Pejabat PSSCMNS bertempat di No. 27, Lorong Sejahtera 1, Taman Dato’ Shahbandar, Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan, dan kelas latihan pula bertempat di Gedung Lalang Ampangan. Kemudiannya, kelas latihan PSSCMNS telah berpindah ke Km. 4, Jalan Jelebu, Ampangan, Seremban. Kehadiran Encik Ahmad Patria bin Abdullah pada pertengahan tahun 1992 telah membawa era baru dalam PSSCMNS. Diatas usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau selaku Setiausaha PSSCMNS pada ketika itu telah dapat mengenal pasti taraf pendaftaran PSSCMNS yang mana telah terbatal pada 15 November 1990 tanpa disedari oleh sesiapa. Dari sinilah usaha-usaha baru mula diatur bersama-sama Encik Khinder Mustapha dan Encik Hamzah Abdul Hamid namun semuanya menemui kegagalan kerana tiada tenaga penggerak yang lain.

Peristiwa 19 Mei yang berlaku dalam PSSCM turut memberi kesan terhadap pentadbiran Silat Cekak di Negeri Sembilan dan membawa kepada pengguguran beberapa tenaga pengajar yang terdahulu dan perlantikan Encik Ahmad Patria Abdullah sebagai penyelia kelas serta dibantu oleh beberapa orang tenaga pengajar yang baru. Dengan itu juga, pentadbiran Silat Cekak di Negeri Sembilan di tadbir terus oleh Ibu Pejabat PSSCM di Kuala Lumpur dan status PSSCMNS di tukar kepada Kelas Latihan Silat Cekak Seremban. Pada 5 Julai 1993, Kelas Latihan Silat Cekak telah berpindah sekali lagi ke No. 30 – C Jalan Rasah, Seremban.

Pada 17 Oktober 1993, merupakan tarikh bersejarah bagi ahli-ahli persatuan yang masih setia dan berusaha keras terutamanya Encik Ahmad Patria Abdullah kerana pada tarikh keramat inilah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah ditubuhkan semula. Penubuhan ini adalah ekoran daripada kelulusan pendaftaran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Negeri Sembilan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 28 Ogos 1993. Bantuan yang diberikan oleh Setiausaha Agong, Encik Adanan Mohd Dom yang juga Pengasas PSSCMNS serta sahabat-sahabat seperjuangan telah Berjaya mengembalikan imej Silat Cekak dari terus berkubur di telan zaman.

Justeru itu PSSCMNS telah bergerak begitu aktif sekali dengan bantuan Ahli Jawatankuasa yang sentiasa bekerja keras demi pembangunan dan kemajuan persatuan. Hasil usaha dan kerjasama daripada semua ahli maka lahirlah Pusat Latihan Kuala Pilah pada 18 Oktober 1993 bertempat di B9, Kampung Baru Jemapoh, Juasseh, Kuala Pilah dan kemudiannya berpindah ke Balai Penghulu Juaseh pada 6 Disember 1993. Lantaran dari kejayaan ini Silat Cekak Malaysia mengorak langkah ke Kolej Pembantu Perubatan Seremban pada 15 Julai 1996. Kejayaan seterusnya yang dikecapi dengan penubuhan Kolej Kejururawatan Seremban pada 20 Oktober 1995.

Pada tahun 2005, Yang Dipertua PSSCMCNS, Tn Haji Baharuddin bin Abdul Rahim telah berusaha keras untuk memajukan sebidang tanah yang telah dibeli oleh PSSCMCNS pada tahun 1998 dan membina Rumah Persatuan PSSCMCNS. Maka, pada tarikh 5 Syaaban 1427 bersamaan 29 Ogos 2006, pada hari Selasa dengan hasil usaha keras Tuan Haji Baharuddin dan ahli-ahli PSSCMCNS, Rumah Persatuan Seni Silat Cekak Cawangan Negeri Sembilan telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh Guru Utama sendiri, Yang Mulia Tuan Haji Ishak Bin Itam..

Last Updated (Friday, 12 February 2010 13:13)

 

BULETIN CEKAKN9

JUMLAH PELAWAT
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday109
mod_vvisit_counterYesterday161
mod_vvisit_counterThis week521
mod_vvisit_counterLast week901
mod_vvisit_counterThis month1245
mod_vvisit_counterLast month3505
mod_vvisit_counterAll days22686
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
RUANG IKLAN
# SILAT CEKAK SILAT PAPAN SEKEPING # PSSCMCNS tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini.