KEM PEMANTAPAN DEMONTRASI PSSCMCNS
9 Julai......Skuad Demonstrasi PSSCMCNS telah berjaya mengadakan satu Kem Pemantapan Skuad Demonstrasi selama 2 hari bertempat di Mayang Sari Resort, Port Dickson. Seramai 11 orang ahli demonstrasi terlibat dalam program tersebut.
Program tersebut diadakan sebagai salah satu persediaan untuk menghadapi Kejohanan Waja Diri yang akan berlangsung kelak selain daripada merapatkan hubungan sesama ahli itu sendiri. Antara jemputan yang hadir ialah Saudara Moktar bin Mat Som dan Saudara Mohd Ikmal Hisham bin Md Salleh.
Bermula pada hari Sabtu jam 4.00 petang, skuad demonstrasi mendaftar di Mayang Sari Resort. Pada jam 9.30 malam, satu latihan diadakan di bawah kendalian Saudara Mohd Fikrideen Bin Harun. jam 11.30 malam, sesi bersama Saudara Mohd Ikmal Hisham bin Md Salleh pula berkisar tentang peranan "hero" dan "crook" serta teknik-teknik yang terdapat dalam latihan.
Hari Ahad, jam 7.00 pagi - Senaman dan latihan kendalian Saudara Mohd Fikrideen dan diikuti dengan "selection" adegan tempur berpasangan yang dimenangi oleh Saudara Iskandar dan Saudara Eitdzar. Pada 11.30 pagi, sesi bersama Saudara Mokhtar bin Mat Som pula menyentuh tentang tanggungjawab ahli demonstrasi.
Diharap program ini dapat memotivasikan ahli demonstrasi PSSCMCNS untuk cemerlang di dalam Kejohanan Waja Diri peringkat kebangsaan kelak.
Program berakhir jam 12.30 diikuti majlis penutup ringkas.
Last Updated (Thursday, 15 July 2010 10:49)





















