MAJLIS IJAZAH 2 JULAI 2010
2 Julai......Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah selamat menganjurkan Majlis Ijazah. Seramai 38 orang telah mengikuti majlis ijazah potong dan tamat. Antara kelas latihan yang terlibat ialah Kelas Latihan Afats, Kuala Pilah dan Taman Bukti. Berikut adalah butiran lanjut:
| Ijazah Potong | |
| Kuala Pilah | 5 orang |
| Taman Bukti | 14 orang |
| Ijazah Tamat | |
| Afats | 15 orang |
| Kuala Pilah | 4 orang |
Majlis dimulakan sekitar jam 9.00 malam. Hampir 100 orang hadir pada malam tersebut. Kemudian hadirin dihidangkan dengan jamuan yang disediakan oleh Saudara Zaini bin Mohd Razli. Seterusnya semua ahli bersama-sama mendengar ucapan dan amanat yang disampaikan oleh Guru Utama di pondok wakaf yang telah siap sepenuhnya.
*Fotografi oleh Syukht Mohidin dan Iskandar
Last Updated (Saturday, 03 July 2010 06:55)
BULETIN CEKAKN9
# SILAT CEKAK SILAT PAPAN SEKEPING # PSSCMCNS tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini.






















