PANTUN & LAGU
| PANTUN | LAGU - WARISAN MUTLAK |
| Lahirnya Cekak kerana kesedaran Bukan bermusuh sebagai tujuan Untuk mendaulatkan seni kebangsaan Mensesuaikan dengan makna kemerdekaan Silat Cekak benar-benar asli Tidak bercampur hak luar negeri Hendaklah belajar bersungguh hati Untuk menjaga diri sendiri Silat Cekak tersangatlah mudah Bagi mereka yang mendapat hidayah Sungguhpun begitu hendaklah tabah InsyaAllah mendapat faedah Silat Cekak pada lahirnya Pengertian gerak pada batinnya Hendaklah mahir seluruh anggota Hendaklah jujur pada jiwanya Taat ke guru membawa berkat Sedikit belajar banyak yang dapat Jika menderhaka menjadi mudarat Semua ilmu tiada yang lekat Sebenar guru ada hakikat Dikuat pula amalan syariat Ditambah pula ilmu makrifat Berpakaian pula dengan isyarat Dua ibu bapa tak boleh derhaka Besar jasanya kepada kita Kalau menderhaka bahaya menimpa Di akhirat kita masuk neraka Wajiblah menjaga diri sendiri Menerima amanah Tuhan Rabbi Supaya menjadi mukmin sejati Demi menegak Islam yang suci. |
Dengan jiwa yang mulia kita bersatu |
| Dicipta oleh YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad | Lagu dan Lirik oleh Johari Salleh (1990) |
Last Updated (Sunday, 14 March 2010 05:46)
BULETIN CEKAKN9
# SILAT CEKAK SILAT PAPAN SEKEPING # PSSCMCNS tidak bertanggungjawab terhadap sebaran maklumat dan fakta selain dari laman rasmi ini.






















